SANDAKAN: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman dua tahun dan sembilan bulan penjara, di Mahkamah Sandakan pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas empat kesalahan melakukan perbuatan khianat dan satu kes ugutan jenayah.
Tertuduh, Mohd Hasifuddin Yamin Jamain, 34, dijatuhkan hukuman berkenaan setelah membuat pengakuan bersalah terhadap lima pertuduhan terbabit yang dibacakan terhadapnya di dua Majistret berasingan.
Mengikut pertuduhan pertama, pada 22 November 2022, bertempat di Taman Murni, Sandakan, tertuduh melakukan perbuatan khianat dengan cara menyimbah cat berwarna merah pada pintu rumah seorang mangsa lelaki berusia 37 tahun sehingga menyebabkan kerugian RM96.50.
Bagi pertuduhan kedua, pada 16 Mei 2023, di Taman Bahagia, Sandakan, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan cara menyimbah cat merah pada pintu hadapan rumah mangsa wanita berusia 42 tahun dan menyebabkan kerugian RM2,400.
Manakala, bagi pertuduhan ketiga, pada 21 Februari 2023, di Taman Kenari, Sandakan, lelaki itu melakukan khianat dengan kaedah sama sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM52.50 terhadap mangsa lelaki berusia 20 tahun.
Ketiga-tiga kesalahan berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Majistret Mohammad Azzeem Mohd Ridzo mengenakan penjara 12 bulan penjara bagi ketiga-tiga kesalahan berkenaan dan mengarahkan agar hukuman dijalankan secara serentak.
Bagi pertuduhan keempat dan ke ima pula, Mohd Hasifuddin Yamin turut membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas kesalahan ugutan jenayah dan khianat.
Mengikut kertas pertuduhan keempat, pada 19 Februari 2023, bertempat di Taman Sejati, Sandakan, tertuduh didakwa melakukan ugutan secara jenayah dengan meninggalkan nota amaran kepada mangsa lelaki berusia 68 tahun.
Manakala, pertuduhan kelima, pada 22 Mac 2023, bertempat di Taman Nuri, Sandakan, Mohd Hasifuddin Yamin melakukan khianat dengan menyimbah cat merah di rumah mangsa wanita berusia 32 tahun sehingga menyebabkan kerugian RM50.
Bagi kesalahan ugutan jenayah, hukuman boleh dikenakan penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau keduanya.
Manakala, kesalahan perbuatan khianat boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau keduanya.
Majistret, Wan Farrah Farriza kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bagi pertuduhan keempat dan penjara sembilan bulan bagi pertuduhan kelima.
Wan Farrah Farriza turut mengarahkan agar hukuman penjara dijalankan secara berasingan.
Terdahulu, tertuduh membuat rayuan bagi semua pertuduhan, agar hukuman dikurangkan kerana memiliki tanggungan iaitu isteri, empat orang anak dan tiga daripadanya masih bersekolah.
Lelaki berkenaan juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan jenayah terbabit.
Kes berkenaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Zamri Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada hujung Mei lalu, Astro AWANI melaporkan, polis menahan dua lelaki upahan pemberi pinjaman tanpa lesen (ah long) di Sandakan, selepas melakukan perbuatan khianat dan ugutan jenayah.
Radhi Muslim
Fri Jun 16 2023
Tertuduh, Mohd Hasifuddin Yamin Jamain dibawa ke Mahkamah Sandakan hari ini bagi menghadapi tuduhan khianat dan ugutan jenayah. - Foto Astro AWANI
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat
Masyarakat juga lebih cenderung memilih Ah Long kerana kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.
Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.
Empat ahli geng Ah Long disambung reman
Penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long
Polis tidak tolak kemungkinan besar empat suspek yang terbabit dengan geng Ah Long yang ditahan di Kulim baru-baru ini ada rangkaian lain.
Ah Long dikesan jual kad ATM RM300
Sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long kini dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.
Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.
Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'
Pemilik bengkel cat kereta diganggu lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya lunaskan hutang bekas pekerjanya.
Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.
Lelaki parah dipercayai terkena bom buatan ah long
Seorang lelaki mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki akibat terkena bom buatan sendiri dipercayai dipasang oleh ah long.
Ibu lapor 'Ah Long' kurung anak
Seorang ibu melaporkan kepada polis di sini hari ini bahawa anaknya dikurung sekumpulan "Ah Long' di Alor Setar, Kedah.